Tuesday, 13 January 2015

Brainy Bunch Fees Structure 2015

 
Hai olls!

Hari ni Ain nak share dengan uols pasal Yuran BBIM bagi tahun 2015. Tapi, fees structure ni depends area mana korang tinggal.
 
http://www.brainybunch.com
Berdasarkan structure di atas, Ain ambil Full Day Programes. BBIM Bandar Sri Permaisuri ni under Type B. The different between Type A and Type B is due to premises rental. So, BSP ni murah sikit la kot building rental nyer.  Disebabkan tempat kerja Ain jauh nun di KL, Ain ambil Full Day, 7am-7pm.  Tak payah nak fikir pasal transportation or babysitter if ambil programme lain. It's really worthy for me sebab mama kat ofis tak payah nak risau keselamatan anak. If Ain amik Regular or Star Session, Ain kena cari babysitter baru untuk Rayyan and school van sekali. Rayyan ni bukan senang nak adapt dengan orang. Kalau naik van pulak, buatnya driver jenis tak alert, maunya anak kita tertinggal ataupun driver tu sendiri jenis tak berhemah. (huh! mama yang sangat fussy). Ambil Prog Full Day, mama habis kerja pukul 5 boleh terus pick up Rayyan.  Mama sendiri hantar and ambil. Sangat selamat!!
 
So, total yang Ain kena bayar masa registration is RM1,850.00 (include Jan fees).  Semua payment is thru Maybank2u. And payment semua direct ke main branch. Lepas dah buat payment, kita kena email kepada principal/caw. masing masing. 
 
Harap harapnya penerangan Ain di atas membantu uolls yang tengah gigih search about BBIM ni. Ok la. Meet uolls on the next entry.


Monday, 12 January 2015

Rayyan's 1st Day At BBIM Bandar Sri Permaisuri

Hai olls!

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk membuat entry terbaru hari ni. Hari ni Ain nak story Rayyan punya first day di BBIM. Ain ambil cuti untuk pantau si anak. Malam sebelum dan suruh rayyan masuk sleep at 9pm. Mama pun gigih gosok uniform and prepare the bag.

Lengkap dengan pillow, blanket, toiletries, milk powder and bottle, and Ben10 tumbler

Form jangan lupa bawa ye, mama

Siangnya, Ain bawak Rayyan gunting rambut sebab nak ambil gambar passport. Biar Nampak kemas sikit. Mama bawak pergi gunting kat kedai mamak je area Bandar Sri Permaisuri tu.

Full of attention
Dan hasilnya. Taraaaaa.... Amacam uolls? Handsome tak Rayyan? Haha. Baru kemas sikit.

Thumbs up!
After that, mama bawa rayyan ambil gambar passport. Jenuh nak suruh dia senyum.

Ok la kan? Dari takde
So, pagi 05 hb Januari 2015 (Isnin) jam 06.30 pagi, bangunlah si bos kechik dengan gembiranya.  Budak-budak ni kalo bab bangun kita kena guna reverse psychology. Lepas dah siap mama pun buatkan la dia air milo panas untuk cicah dengan roti.
Tunggu mama yang tengah pakai tudung
Sampai je kami disambut teacher-teacher yang sangat friendly di muka pintu. Macam macam ragam budak dapat kita tengok bila 1st time di persekitaran yang baru. Tapi, my rayyan maintain cool. I'm so proud of u, dear.
Rayyan and mama kat 2nd floor

Rayyan tengah tengok new friend

Salam ye sayang

Duduk dalam Halaqah

Dok perati gelagat new friend




Nametag

Semua dok tengok budak tu nangis

My brave boy

'Aunty' tolong pakaikan nametag

Prepare for Sulat Dhuha (kepala dok pusing takut mama hilang)
By that time, principal minta all parents untuk tinggalkan anak masing masing sebab budak budak ni bila dia tau mak bapak dia ada kat situ dia akan buat perangai.  Hati seorang mama ni sedih sangat bila nak tinggalkan anak dia kat school baru. Tapi mama nak Rayyan being independent. Mama pun bye bye n he bye bye me back. Good luck sayang. Belajar rajin2 ye and dengar cakap teacher. Petang nanti mama datang ambil pukul 6.30.
 
Ain pun balik rumah. Siapkan kerja rumah. Then, sambung tidur. (Malas sungguh). Dalam hati dok risau si Rayyan ok atau tak dekat school.
Jimba time!
Kami pergi ke Mydin Mall, USJ beli barang barang dapur.  Lepas dah selesai lunch and berjimba, kami pun balik sebab Ateh kerja malam.  Petang tu mama excited nak pergi ambil Rayyan.  He looks so happy.  Dia kata dia tak nangis sebab dia boboi.. Haha.. Macam tu la anak mama.  So, mama dah boleh pergi office esoknya dengan tenang. Ngeeee.. Ok la uolls.. See on the next entry.

Sunday, 11 January 2015

Brainy Bunch Bandar Sri Permaisuri

Hai olls!
 
Hari ni Ain nak story pasal kindergarten. Rayyan tahun 2015 dia 5 tahun. So, Ain rasa dah sampai masa dia bergaul dan mengenali dunia luar selain daripada family. Hujung tahun 2014 dengan gigihnya Ain search kat internet mana-mana kindergarten yang terbaik untuk si anak. Search punya search, Ain jatuh cinta kat Brainy Bunch Islamic Montessori ni. Dok baca parent's review, ada pro's and cont's. Tapi, bagi Ain it depends on your child. Perkembangan setiap anak ni berbeza. Sebagai parents kita kena banyak berdoa. Selepas Ain buat appointment dengan principal BBIM Bandar Sri Permaisuri, pergilah si mama dengan anaknya untuk school visit. Rayyan sangat excited dengan school environment. 
 
After the school visit, Ain pun decide BBIM is the best kindergarten for Rayyan. So, lepas dah bayar all the payments, we all pergi ambil school uniforms.

Depan school dengan Achu

Posing before take the unifoms

Sports Uniform

Gala Uniform

School Bag - Ben 10 (ofcoz)

Rayyan seronok sangat dapat uniforms baru. Yellow and green. Cantik dan ceria je warnanya. Ok la uols. Bye!
 
 
 
 
 


Saturday, 10 January 2015

Rayyan

Hai olls!

Hari ni Ain nk story about my luvly and only son.  Muhammad Rayyan Aiman namanya. Rayyan lahir pada 11 Ogos 2010 jam 10:39 pm di Hospital Selayang, Selangor secara C-Section.  Kalo uols nak tahu rayyan lahir pada 1 Ramadhan 1431H (Jenuh mama nak ganti pose). 


Rayyan 5 hari
Perasaan bila melahirkan anak ni sukar digambarkan.  Walaupun orang kata beranak `operation' ni orang kata senang tapi masa berpantang memang 'sakit'. Tak boleh ketawa, bersin ataupun batuk. Ya Allah rasa luka kat perut tu macam terkoyak semula bila bersin atau gelak.

Rayyan 14 hari
 
Bila dah ada anak ni, your life totally change. Waktu tidur berubah. Cara makan ataupun masa makan berubah. Tak cukup tidur jangan cakap la. Tapi motherhood life ni most valuable. Rayyan ni senang je jaga dia masa baby.  Cukup minum susu dan pampers 'kosong' memang dia tak akan meragam.  Rayyan juga boleh tidur dalam apa keadaan sekali pun. Kalau pergi kenduri, panas-panas pun dia boleh tidur. Memang Ain tak ajar pun Rayyan tidur dalam aircond. Kalau orang bising-bising pun dia boleh tidur.


Rayyan 25 hari
Rezeki Rayyan start dari lahir memang murah. Alhamdulillah.. Dia dapat babysitter satu blok kami (Kem Wardieburn) yang sangat baik hati.  Ain hantar dia since umur dia 50 hari (by that time dapat cuti bersalin 60 hari) sebab nak bagi dia rasa 'tangan' orang lain.  Umi dia (babysitter) sangat sayangkan dia. Uminya kata muka Rayyan sama dengan muka anak dia, Hafiz(Apit).

Rayyan and Abg Apit
Ok la. Ain stop kat sini dulu. Nanti Ain sambung Part II. Tangan dah penat. Ngee...
 
 




Thursday, 8 January 2015

My First Entry

Hai olls!

Ini first entry Ain mula as a blogger.  Niat di hati nak buat blog memang dah lama.. Since 4 years ago.. Sebabnya that tym my luvly son baru sahaja dilahirkan.  So, bercita-citalah nak create blog untuk Si Anak..  Tapi apakan daya.  Berangan je lebih. Sebenarnya mamanya malas.  Ok! See uols on my next entry.